Kamis, 24 Maret 2016

Ketika Ustadz Abu Khadeejah Bertemu Ustadz Luqman Ba'abduh Di Madinah; Ketika Pertemuan Timur Dan Barat

KETIKA USTADZ ABU KHADEEJAH BERTEMU USTADZ LUQMAN BA'ABDUH DI MADINAH;
KETIKA PERTEMUAN TIMUR DAN BARAT

Bismillah,

Petang ini ana telah dikurniakan manfaat duduk bersama asatidzah dan ikhwan dari Indonesia, Singapura, Malaysia dan Thailand. Jalsah dimulakan dengan nasihat-nasihat yang disampaikan oleh Ustadz Luqman Ba'abduh, Ustadz Ruwaifi dan Ustadz Hamzah hafizhahumullah.

Kami diingatkan akan peri pentingnya untuk sentiasa bersyukur di atas nikmat. Apabila luput kesyukuran, maka sebuah nikmat akan sirna dan untuk mendapatkannya kembali adalah sukar. Ramai teman seperjuangan kami, yang mungkin mempunyai tahap kesabaran melebihi kami, namun mereka tergelincir terjatuh dari jalan ini kerana telah mengkufuri nikmat. Nasihat ini diberi terkhusus buat pelajar-pelajar Jami'ah dari Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand; akan betapa besarnya nikmat menuntut ilmu di bumi para Ulama'.

Setelah itu kami melanjutkan perjalanan ke masjid Shaykh Muhammad ibn Hadee hafizhahullah untuk menghadiri kuliah beliau hafizhahullah tentang "Adab Menuntut Ilmu". Sebelum Shaykh hafizhahullah memulakan, beliau hafizhahullah memanggil ikhwan Indonesia

Ustadz Abu Khadeejah, Abu Iyaad, Abu Hakeem hafizhahumullah dan beberapa ikhwan dari UK dan Ustadz Anwar Wright hafizhahullah dari Amerika juga hadir bersama di masjid itu.
http://www.salafipublications.com
http://germantownmasjid.com

Atas kecintaan kami untuk para Ulama', kami disatukan...

Selesainya kuliah, Ustadz Luqman Ba'abduh hafizhahullah sempat berkenalan dengan Ustadz Abu Khadeejah hafizhahullah. Mereka bersalaman dan mempamerkan kasih sayang antara satu sama lain..

❔Ustadz Abu Khadeejah hafizhahullah bertanya akan nama Ustadz Luqman hafizhahullah dan setelah dijawab, Ustadz Abu Khadeejah hafizhahullah memberitahu yang beliau hafizhahullah telah banyak mendengar tentang Ustadz Luqman hafizhahullah.


(Suatu ketika dahulu, Ustadz Luqman hafizhahullah juga pernah memberitahu kami yang beliau hafizhahullah pernah mendengar akan Ustadz Abu Khadeejah hafizhahullah, dengan menyatakan bahawa beliau (Ustadz Abu Khadeejah hafizhahullah) di atas khayr (red: di atas Sunnah).

Kemudian mereka berdua hafizhahumallah berjalan mengiringi Shaykh hafizhahullah, menuju ke rumah beliau hafizhahullah. Ustadz Abu Khadeejah dan Ustadz Luqman hafizhahumallah sempat bertukar nombor sebelum meneruskan perjalanan masing-masing.

Begitulah pengalaman ana hari ini, dalam menyaksikan sebuah jembatan perhubungan terbina di antara para da'i salafi dari Timur dan dari Barat.

✏Dinukil oleh al-Akh Abu Arish as-Singofuree hafizhahullah
(Para admin grup Telegram/Whatsapp Salafy Singapura)
13 Jumad al-Akhiroh 1437H
22hb May 2016
Masjid Badri Safar al-Utaybi; Madinah

ℹ Artikal;
●https://twitter.com/AbuKhadeejahSP/status/712349663068819457

●https://twitter.com/AbuKhadeejahSP/status/712334556389572608

وبارك الله فيكم
••••••••••••••••••••••
Salafy Singapura ⓢⓢ
LIVE Streaming
http://mixlr.com/salafysingapura
Webpage
http://salafysingapura.salafymedia.com
Telegram
https://telegram*me/salafysingapura

Tidak ada komentar:

Posting Komentar