Senin, 06 Juni 2016

Silsilah Fikih Puasa Lengkap (22-24)

Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 22)

Bab 8⃣: Pembatal-Pembatal Puasa

Ketentuan Kafarat (Tebusan)
Ada perbezaan pendapat di kalangan ulama apakah kafarat hanya wajib bagi orang yang batal puasa Ramadhan kerana jima', ataukah wajib bagi siapa saja yang membatalkan puasanya dengan pembatal puasa apa pun.

1⃣: Pendapat pertama, yang terkena kewajipan kafarat adalah orang yang batal puasa Ramadhan kerana melakukan jima'. Adapun orang yang batal puasa Ramadhan kerana selain jima', ia tidak terkena kewajipan membayar kafarat. Inilah pendapat yang disebutkan oleh penulis (as-Sa'di), dan merupakan pendapat jumhur ulama. Pendapat ini dinyatakan rajih (kuat) oleh Syaikhul Islam, al-Albani, al-Utsaimin dan al-Lajnah ad-Da'imah.

"Seorang lelaki datang kepada Nabi lalu berkata, 'Binasalah aku wahai Rasulullah.' Nabi pun bertanya, 'Apa yang membinasakanmu?' Ia berkata, 'Aku telah menggauli isteriku di siang Ramadhan.' Baginda bertanya, 'Apakah engkau boleh mendapatkan sesuatu untuk memerdekakan (membebaskan) budak (hamba)?' Ia menjawab, 'Tidak.' Baginda bertanya, 'Apakah engkau boleh melakukan puasa selama dua bulan secara berturut-turut?' Ia menjawab, 'Tidak.' Baginda bertanya, 'Apakah engkau boleh mendapatkan sesuatu untuk memberi makan enam puluh orang fakir miskin?' Ia menjawab, 'Tidak...' ..." (HR Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa'i, dan Ibnu Majah)

2⃣: Pendapat kedua, kafarat dikenakan secara umum kepada orang yang batal puasa Ramadhan kerana faktor apa pun, baik kerana jima' mahupun selainnya. Ini adalah pendapat mazhab Maliki, dan pendapat ini yang dipilih oleh asy-Syaukani. Mereka berdalil dengan hadits di atas yang bersifat mutlak dan qiyas antara jima' dengan pembatal puasa lainnya. Kedua pendalilan ini lemah. Jadi, kewajipan kafarat hanya berlaku bagi orang yang batal puasa Ramadhan kerana melakukan jima'.

(Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

WhatsApp طريق السلف
www.thoriqussalaf.com
telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 23)

Bab 8⃣: Pembatal-Pembatal Puasa

Jenis-Jenis Kafarat
Jenis-jenis kafarat yang telah disebutkan oleh al-Imam as-Sa'di seperti yang disebutkan sebagai berikut:

1⃣: Memerdekakan (membebaskan) hamba (budak). Dipersyaratkan bahawa hamba yang dimerdekakan adalah hamba yang beriman, meskipun dia fasiq. Dengan demikian, pembebasan hamba kafir tidak sah dalam hal ini.

"... Hendaklah ia membebaskan hamba mukmin (beriman)..." (An-Nisa': 92)

"Bebaskanlah hamba wanita ini kerana sesungguhnya ia wanita yang mukminah (beriman)!" (HR Muslim)

2⃣: Berpuasa selama dua bulan berturut-turut tanpa terputus. Jika terputus tanpa uzur maka runtutan (urutan) puasa kafarat yang sedang dikerjakan itu batal dan harus diulangi dengan puasa yang baru dari awal. Adapun jika terputus kerana ada uzur, tidak batal. Uzur-uzur tersebut adalah:
➡Uzur secara fizikal, seperti uzur sakit mahupun safar tanpa ada maksud untuk beristirehat dari puasa.
➡Uzur secara syariat, iaitu terhalang berpuasa kerana bertepatan dengan hari 'Idul Fitri, 'Idul Adha, ataupun hari-hari tasyriq (11 - 13 Dzulhijjah) yang merupakan hari-hari yang diharamkan berpuasa.

3⃣: Memberi makanan kepada enam puluh orang fakir miskin. Jumlahnya harus enam puluh orang fakir miskin. Jika makanan dengan kadar yang mencukupi enam puluh orang fakir miskin dikumpulkan lalu dibagikan kepada satu orang fakir miskin saja atau kepada enam orang fakir miskin saja selama sepuluh hari, hal ini tidaklah sah. Dalam hal ini dipersyaratkan harus dibagikan kepada enam puluh orang fakir miskin, yang masing-masing mendapat satu bahagian makanan.

"Apakah engkau boleh mendapatkan sesuatu untuk memberi makan enam puluh orang fakir miskin?"

✅ Namun, jika tidak diketemukan fakir miskin sejumlah itu, diperbolehkan memberikannya kepada sejumlah fakir miskin yang ada. Jika fakir miskin yang ditemukan hanya tiga puluh orang, diberikan kepada mereka dua kali per hari. Jika yang ditemukan hanya lima belas orang, diberikan kepada mereka empat kali per hari. Jika hanya satu orang, diberikan kepada mereka enam puluh kali per hari. Inilah pendapat terkuat dalam masalah ini yang dipilih oleh Ibnu Qoyyim dan Ibnu Utsaimin.

❗Tidak boleh memilih jenis pilihan kafarat berikutnya melainkan jika jenis sebelumnya tidak mampu ditunaikan. Ini adalah pendapat jumhur ulama.

(Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

WhatsApp طريق السلف
www.thoriqussalaf.com
telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 24)

Bab 9⃣: Ketentuan Berbuka Puasa & Sahur

Al-Imam as-Sa'di berkata, "Rasulullah bersabda, "Kaum muslimin (yang berpuasa) akan senantiasa dalam kebaikkan selama mereka bersegera dalam berbuka puasa." (Muttafaq 'alaih). Beliau juga bersabda, "Hendaklah kalian makan sahur, kerana pada santapan sahur terdapat berkah." (Muttafaq 'alaih). Beliau bersabda pula, "Jika seseorang di antara kalian berbuka puasa, hendaknya ia berbuka dengan kurma kering. Jika ia tidak mendapati kurma kering, hendaknya ia berbuka dengan minum air, kerana air itu suci lagi menyucikan." (Hadits riwayat lima imam)"

Ketentuan Berbuka Puasa

"Kaum muslimin (yang berpuasa) senantiasa dalam kebaikkan selama mereka bersegera dalam berbuka puasa." (Muttafaq 'alaih)

1⃣: Sunnah berbuka puasa ketika telah masuk waktu berbuka.

"Jika malam hari telah datang dari arah sini (timur), dan siang hari telah pergi dari arah sini (barat), serta telah terbenam matahari, orang yang berpuasa pun berbuka." (Muttafaq 'alaih)

2⃣: Kaum muslimin yang berpuasa senantiasa dalam kebaikkan selama mereka bersegera dalam berbuka puasa (ketika tiba waktunya)
Yang dimaksud dengan kebaikkan di sini adalah kebaikkan dalam hal agama, berupa mengikuti sunnah Nabi serta memperoleh kelapangan dan ketenangan hati. 
Perbuatan menunda berbuka puasa hingga munculnya bintang-bintang di langit sebagaimana yang dilakukan oleh kaum sesat Syiah Rafidhah, bukanlah kebaikkan. Menunda berbuka puasa adalah kebiasaan kaum Yahudi dan Nasrani.

"Agama ini senantiasa berjaya selama kaum muslimin bersegera dalam berbuka puasa, kerana kaum Yahudi dan Nasrani biasa menundanya." (HR Abu Dawud)

3⃣: Terlarangnya Puasa Wishal
Puasa wishal adalah menyambung puasa dalam dua hari atau lebih tanpa berbuka.

"Nabi telah melarang untuk melakukan puasa wishal. Baginda pernah ditanya, "Sungguh engkau sendiri melakukan puasa wishal, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Keadaanku tidak seperti keadaan kalian, sesungguhnya aku diberi makan dan minum oleh Rabbku."

Makna hadits ini menurut yang dinyatakan oleh Ibnul Qoyyim dan al-Utsaimin, yang dimaksud makan dan minum yang diberikan Allah kepada NabiNya adalah kelapangan hati yang Allah berikan dalam kalbu baginda untuk senantiasa berzikir kepadaNya (mengingatNya) daripada mengingat perkara lain. Hal ini adalah kekhususan yang diberikan kepada Nabi, iaitu baginda terkadang melakukan puasa wishal. Adapun umatnya dilarang melakukannya.
Akan tetapi terdapat izin dari Nabi untuk melakukan wishal hanya sampai waktu sahur.

"Janganlah kalian melakukan puasa wishal. Maka dari itu, siapa pun di antara kalian jika ingin meneruskan puasanya (tidak berbuka), lakukanlah hingga waktu sahur." (HR Bukhari)

(Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

WhatsApp طريق السلف
www.thoriqussalaf.com
telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

Tidak ada komentar:

Posting Komentar