Minggu, 12 Juni 2016

Silsilah Fikih Puasa Lengkap (31-32 selesai)

Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 31)

Bab 1⃣2⃣ : Ibadah I'tikaf

Al-Imam as-Sa'di berkata, "Rasulullah senantiasa melakukan i'tikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadhan hingga baginda diwafatkan oleh Allah. Para isteri baginda pun melakukan i'tikaf sepeninggal baginda." (Muttafaq 'alaih)"

Definisi & Hukum I'tikaf

Definisi i'tikaf secara bahasa adalah al-Habs (menahan diri), al-Mukts (berdiam diri), dan al-Mulazamah (menetapi). Jadi, i'tikaf adalah menetapi sesuatu dan menahan diri padanya untuk kebaikkan atau untuk perkara dosa.
Adapun definisi i'tikaf secara syariat, adalah seperti keterangan sebahagian ulama:
➡Al-Imam an-Nawawi berkata, "I'tikaf adalah berdiam diri di masjid yang dilakukan oleh orang tertentu dengan niat tertentu."
➡Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, "I'tikaf adalah menetap di dalam masjid yang dilakukan oleh orang tertentu dengan tata cara tertentu."

Hukum i'tikaf di sepuluh hari terakhir Ramadhan adalah sunnah (tidak wajib), kecuali bagi orang yang bernazar untuk melakukannya, hukumnya menjadi wajib.
Pendapat yang masyhur bahawa i'tikaf disunnahkan pada setiap waktu dan lebih ditekankan di sepuluh hari terakhir Ramadhan.

Waktu Mula & Berakhirnya I'tikaf Di Sepuluh Hari Terakhir Ramadhan

Hadits menunjukkan bahawa Nabi memulai i'tikaf baginda sejak terbenam matahari di malam ke-21 Ramadhan. Sebab, sepuluh hari terakhir Ramadhan bermula dari terbenamnya matahari di malam ke-21 Ramadhan. 

"Rasulullah sering beri'tikaf pada sepuluh hari pertengahan Ramadhan. Baginda lalu beri'tikaf pada suatu tahun. Ketika tiba malam ke-21 yang merupakan malam yang di pagi harinya (hari ke-20) baginda keluar dari i'tikaf, baginda berkata ketika itu, 'Barangsiapa beri'tikaf bersamaku, hendaklah ia beri'tikaf (kembali) pada sepuluh hari terakhir'." (Muttafaq 'alaih)

Akan tetapi, telah datang riwayat dari Aisyah bahawa Rasulullah bersabda, "Jika Rasulullah ingin melakukan i'tikaf, baginda menunaikan solat fajar (Subuh) lalu masuk ke tempat i'tikafnya." (Muttafaq 'alaih)

Dalam memahami hadits-hadits ini, ada perbezaan pendapat di kalangan ulama:
1⃣: Pendapat empat imam mazhab dan jumhur ulama yang menyatakan bahawa Rasulullah memulai i'tikaf di masjidnya ketika matahari terbenam di awal malam ke-21, kemudian baginda masuk ke dalam tenda (khemah) yang telah disiapkan untuk dirinya dan menyendiri di sana setelah solat Subuh. Pendapat ini dinyatakan kuat oleh al-Utsaimin. Dan pendapat ini yang benar, insyaAllah.
2⃣: Pendapat al-Auza'i, al-Laits dan Sufyan ats-Tsauri yang mengambil zahir makna dari hadits Aisyah. Mereka mengatakan bahawa awal waktu dimulainya i'tikaf di masjid tempat i'tikaf adalah setelah solat Subuh. Pendapat ini dinyatakan kuat oleh ash-Shan'ani dan Ibnu Baz.

Berdasarkan hadits Aisyah yang disebutkan al-Imam as-Sa'di, menunjukkan i'tikaf Rasulullah berakhir ketika matahari terbenam di akhir Ramadhan. Berdasarkan hal ini, i'tikaf berakhir ketika matahari terbenam di malam 'Id. Inilah pendapat yang benar, iaitu pendapat jumhur ulama dan Ibnu Hazm.

(Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

WhatsApp طريق السلف
www.thoriqussalaf.com
telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 32 - Akhir)

Bab 1⃣2⃣ : Ibadah I'tikaf

Syarat-Syarat I'tikaf
Antara syarat-syarat dalam i'tikaf adalah:
1⃣: Islam. Tidak sah jika i'tikaf dilakukan oleh orang kafir.
2⃣: Minimum telah berusia tamyiz (mampu memahami perkataan dan boleh menjawab pertanyaan), dan biasanya pada usia tujuh tahun.
3⃣: Suci dari haidh dan nifas bagi kaum wanita. Jadi, i'tikaf sah dilakukan oleh wanita yang mengalami istihadhah (keluarnya darah di luar masa haidh dan nifas) jika ia menjaga darahnya tidak terjatuh di masjid.
4⃣: Berniat i'tikaf.
5⃣: Melaksanakannya di masjid. Menurut pendapat yang benar, i'tikaf sah dilakukan di setiap masjid.
6⃣: I'tikaf sah dilakukan meskipun tidak disertai puasa, menurut pendapat yang benar. Ini adalah pendapar azh-Zhahiriyah, asy-Syafi'i, dan yang masyhur pada mazhab Ahmad, serta diriwayatkan dari sejumlah sahabat. Ini yang dipilih oleh asy-Syaukani, Ibnu Baz dan Ibnu Utsaimin. Dalil yang menunjukkan hal ini adalah qadha i'tikaf yang dilakukan oleh Rasulullah pada sepuluh hari pertama di bulan Syawal, sedangkan awal Syawal adalah Hari Raya 'Idul Fitri yang diharamkan berpuasa padanya.
7⃣: Tidak melakukan jima', berdasarkan firman Allah, "Janganlah kalian menggauli isteri-isteri itu selagi kalian beri'tikaf dalam masjid." (Al-Baqarah: 187)
8⃣: Tidak melakukan hal-hal kontradiksi (bertentangan) dengan tujuan i'tikaf, seperti keluar untuk bersetubuh dengan isteri di rumah, keluar untuk menjalankan pekerjaannya, keluar untuk transaksi jual beli, melakukan pekerjaan (seperti upah menjahit) di tempat i'tikafnya, dan transaksi jual beli di tempat i'tikafnya, atau lainnya.
9⃣: Tidak keluar dari tempat i'tikaf untuk urusan yang tidak bersifat harus dilakukan. Adapun keluar untuk urusan yang bersifat harus dilakukan, hal itu boleh, baik urusan yang bersifat tabiat manusiawi, seperti buang hajat, makan dan minum, mahupun yang bersifat aturan syariat seperti wudhu, mandi janabah dan solat jumaat.

"Sesungguhnya Nabi biasanya tidak masuk rumah kecuali untuk suatu hajat manusiawi jika sedang beri'tikaf." (HR Muslim)

❗Jika seseorang yang beri'tikaf mengeluarkan sebahagian anggota tubuhnya dari masjid, i'tikafnya tidak batal. Sebab ketika i'tikaf, Nabi pernah mengeluarkan kepalanya dari masjid dan kepalanya dibasuh oleh Aisyah dari luar, kerana Aisyah sedang haidh, sebagaimana diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Sunnah-Sunnah I'tikaf
Antara unnah-sunnah dalam i'tikaf adalah:
1⃣: Hendaknya seseorang mengambil tempat khusus dengan membuat tenda (khemah) di dalam masjid, sebagaimana amalan Rasulullah dan isteri-isterinya.
2⃣: Hendaknya seseorang menyibukkan diri dengan berbagai macam ibadah khusus, seperti solat sunnah mutlak di waktu-waktu yang tidak terlarang, membaca al-Qur'an, berzikir, berdoa dan beristighfar. Khusunya i'tikaf di sepuluh malam terakhir Ramadhan, malam-malamnya dihidupkan dengan solat tarawih.
3⃣: Hendaknya meninggalkan ucapan dan perbuatan yang tidak bermanfaat. Bukan bermakna tidak boleh berbicara atau tidak boleh dikunjungi keluarga atau teman. Namun yang ditekankan agar menghindar dari perkara yang tidak bermanfaat.

(Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Alhamdulillah, selesai perkongsian ringkasan faedah ilmiyah dari kitab ini. Moga ianya bermanfaat buat kita semua.

WhatsApp طريق السلف
www.thoriqussalaf.com
telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

Tidak ada komentar:

Posting Komentar