💯🌹Nasihat & Kaedah Penting Dari Jibril عليهم السلام Buat Umat Muhammad ﷺ
💺Al-Ustadz Abdush Shomad Bawazer hafizhahullah
📅 Ringkasan Faedah Ilmiah Dari Tausiyah Umum ll Ma'had Al-Anshor ll Jogjakarta ll Ahad II 4 Dzulqaedah 1437H ll 7 Ogos 2016M
📕Dari Sahl bin Sa'd رضي الله عنه, berkata Jibril عليهم السلام kepada Rasulullah ﷺ, "Ya Muhammad, hiduplah sesukamu, (tetapi ketahuilah) sesungguhya setelah kehidupan ini akan ada kematian. Cintailah sesiapa sesukamu, (tetapi ketahuilah) sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya. Dan beramallah sesukamu, (tetapi ketahuilah) engkau akan diberi balasan kerananya. Kemuliaan orang yang beriman adalah dengan solat malamnya dia, dan kehormatan seseorang adalah dengan tidak merasa bergantung terhadap manusia." (Hadits diriwayatkan oleh al-Imam Hakim, di dalam Kitab al-Mustadrok, asy-Syaikh al-Albani mengatakan hadits ini hasan)
▪Hadits ini ini adalah pelajaran berharga bagi umat Muhammad ﷺ. Jadikan nasihat ini sebagai kaedah bagi kita di dunia.
📝 "Hiduplah sesukamu, (tetapi ketahuilah) sesungguhya setelah kehidupan ini akan ada kematian."
▪ Terserah bagaimana kita mahu hidup di dunia ini, samada dengan kemaksiatan atau dengan amalan soleh, kerana ketahuilah siapa pun kita, baik yang pandai, yang bodoh, yang berpangkat, berharta, pasti akan mati.
▪"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan maut". Yang terpenting adalah bagaimana keadaan kita sesudah kematian. Setiap amalan kita di dunia akan dibalasi oleh Allah ﷻ di hari kiamat kelak. Barangsiapa yang selamat dari api neraka dan dimasukkan ke syurga, maka dialah yang dikatakan sebagai orang yang beruntung/menang/sukses.
▪Maka orang-orang yang kuat dan kaya di dunia, bukanlah orang-orang yang beruntung atau sukses. Tetapi orang sukses itu adalah orang-orang yang telah mati dan terbebas dari api neraka dan Allah ﷻ masukkan dia ke dalam syurga.
▪"Sesungguhnya kalian akan mati, dan mereka juga akan mati". Ini menunjukkan siapa pun antara kita pasti akan mati. Maka dengan itu, hidup ini jika kita tidak manfaatkan dengan sebaiknya, kita akan merugi di akhirat kelak. Dan orang-orang yang bermaksiat, yang tidak beramal soleh, menunda-nunda amal kebaikan, nanti di akhirat dia akan mohon kepada Allah ﷻ dengan berkata, "Kembalikan aku ya Rabb ke bumi, aku akan beramal soleh." Tetapi itu semua sudah terlambat.
▪Maka dari itu, kita yang masih hidup ini, sedarilah sebentar lagi kita akan mati. Teguran dan nasihat Jibril عليهم السلام ini adalah satu kaedah yang penting buat kita.
📝 "Cintailah sesiapa sesukamu, (tetapi ketahuilah) sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya."
▪Betapa besar cinta kita kepada sesuatu, satu hari nanti kita akan berpisah dengannya. Jika kita mencintai isteri kita melebihi takarannya, melebihi cinta kita kepada Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ, ketahuilah cinta itu akan habis dan akan datang satu masa yang memisahkan kita dengannya.
▪Maka jika kita mencintai sesuatu, dan kita yakin akan berlaku perpisahan, kecintaan kita itu tidak boleh berlebih-lebihan. Harus ada timbangan, dengan timbangan syariat. Begitu juga cinta kepada harta, harus ditimbang dengan timbangan syariat.
📝 "Dan beramallah sesukamu, (tetapi ketahuilah) engkau akan diberi balasan kerananya."
▪Sekecil apa pun amalan kita, sebesar apa pun amalan kita, baik dalam bentuk kemaksiatan atau ibadah, akan tercatat dan dibalasi oleh Allah ﷻ.
▪Maka perlu bagi kita untuk berhati-hati dalam beramal, apakah amalan yang ingin kita lakukan itu adalah amalan soleh atau toleh (buruk), amalan yang diperintahkan atau yang dilarang.
📝 "Kemuliaan orang yang beriman adalah dengan solat malamnya dia, dan kehormatan seseorang adalah dengan tidak merasa bergantung terhadap manusia."
▪Solat malam adalah kemuliaan bagi orang-orang yang beriman.
▪Kehormatan seseorang adalah tidak merasa tergantung kepada manusia. Tidak meminta-minta kepada manusia. Hanya Allah ﷻ tempat dia bergantung.
☝🏼Hadits ini adalah nasihat yang besar maknanya:
1⃣ Setiap manusia pasti akan mati.
2⃣ Setiap manusia pasti akan berpisah dengan yang dia cintai.
3⃣ Setiap manusia yang beramal pasti akan ada balasannya. Barangsiapa yang beramal baik, pasti akan dibalas dengan kebaikkan, barangsiapa yang beramal buruk, pasti akan dibalas dengan keburukkan.
☝🏼Inilah pedoman hidup bagi orang-orang yang beriman. Semoga ini bermakna dan mampu menasihati diri kita semua.
Alhamdulillah. Selesai.
📂 (Ringkasan faedah ilmiah dari audio rakaman tausiyah umum al-Ustadz Abdush Shomad Bawazer di Ma'had al-Anshor. Ringkasan ini telah dimuroja'ah oleh ustadz)
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf
Tidak ada komentar:
Posting Komentar