Di Antara Faedah Ilmu dari Syaikh Ali al-Hudzaifi dalam muhadharah tausiyah ketika di Masjid Ma'had As-Salafi Jember.
Rangkaian Daurah Ilmiah "Miratsul Anbiya" ke-10 tahun 1435 H / 2014 M
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
✅ berbahasa Malaysia
Allah memerintahkan kita saling memberi nasihat dan saling ingat mengingati.
Diingatkan supaya sentiasa kukuh dan istiqamah di atas manhaj yang lurus ini. Allah telah memudahkan kita berada di atas manhaj ini, yang merupakan nikmat terbesar yang tidak Allah berikan melainkan kepada orang yang telah diberi taufiq oleh Allah.
Salafusoleh berkata, aku tidak tahu nikmat mana yang lebih besar di antara nikmat Allah, yang Allah berikan kepadaku, samada berpegang teguh di atas Islam, atau Allah anugerahkan hidayah untuk berpegang teguh dengan Sunnah. Ini kerana ada di antara manusia yang Allah tidak berikan nikmat di atas Islam, sehingga mereka menyembah manusia, berhala dan lainnya selain Allah. Dan juga ada di antara manusia, yang telah diberi hidayah Islam oleh Allah, tetapi dihalangi untuk sentiasa kukuh di atas Sunnah Nabi. Oleh itu, nikmat kukuh di atas Sunnah merupakan nikmat yang sangat agung.
Dakwah Ahlus Sunnah Wal Jamaah atau Salafiyah, antara ciri-cirinya adalah:
1. Dakwah di atas Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah. Tidak dibangun di atas pendapat orang, mimpi-mimpi, perasaan, logik akal, tetapi di atas ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadits yang sahih.
2. Dakwah yang tidak dibangun di atas kebathilan, hawa nafsu, perkiraan-perkiraan, sangkaan-sangkaan, tetapi di atas Al-Qur'an dan Sunnah, dalam permasalahan aqidah, ibadah, akhlak, dakwah dan segenap kehidupan dengan mengedepankan dalil.
3. Berada di atas pemahaman Salafusoleh, iaini pemahaman Sahabat, Tabi'in dan Tabi'ut Tabi'in.
Musuh-musuh dakwah Ahlus Sunnah wal Jama'ah mengatakan dakwah ini mengajak orang kembali ke zaman unta, menjadi ketinggalan, dan sukar diterima pada zaman ini.
Cara yang benar untuk memahami Al-Qur'an dan Sunnah adalah dengan mengambil pemahaman Salafusoleh. Merekalah orang-orang yang paling memahami dan mendalami Al-Qur'an, Sunnah dan urusan agama ini. Sebab itu, Allah menyebutkan tentang mereka dan darjat mereka yang mulia.
Setiap muslim WAJIB berada di atas jalan Salafusoleh. Kerana kebenaran itu hanya SATU. Satu-satunya jalan yang berada di atas kebenaran adalah jalan ini, iaitu jalan Salafusoleh.
Berbeza dengan dakwahnya Muktazilah, Jahmiyah, Asy'ariyah, Sufi, dan selain mereka yang menjalankan agama ini tidak di atas pemahaman Salafusoleh. Terkadang mereka mengajak kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah, tetapi mereka memahaminya dengan cara mereka sendiri, hawa nafsu dan tidak sesuai dengan pemahaman Salafusoleh.
~ Prinsip dakwah Ahlus Sunnah wal Jama'ah mengajak umat kepada TAUHID, yakni memurnikan ibadah hanya kepada Allah. Inilah jalan dakwah setiap Nabi dan Rasul yang menyeru kepada Tauhid, baik dalam Tauhid Rubbubiyah, Tauhid Uluhiyyah, dan Tauhid Asma' wa Sifat.
Dakwah ini juga memperingatkan umat dari kesyirikkan.
Adapun Dakwah selain Ahlus Sunnah wal Jama'ah , amat mengabaikan dakwah Tauhid. Mereka datang ke masjid-masjid untuk memberi nasihat dan muhadharah, sedangkan di masjid tersebut terdapat kuburan. Mereka bertabarruk (ambil barakah) di kuburan dan meminta dari kuburan. Sedangkan si da'i tidak menghalangi perbuatan tersebut, perkara Tauhid tidak disentuh, dan tidak membicarakan tentang syirik.
Ada pula di antara da'i yang mengajak umat untuk memilih partai-partai tertentu dengan jalan demokrasi dan semisalnya.
Berbeza dengan ulama Ahlus Sunnah wal Jama'ah , seperti Syaikh Ibn Baz, Syaikh Ibn Uthsaimeen, Syaikh al-Albani, Syaikh Muqbil, Syaikh Rabi' dan yang lainnya, semuanya mengajak manusia kepada Tauhid dan memperingatkan tentang syirik dan syubhat-syubhatnya.
~ Dakwah Ahlus Sunnah wal Jama'ah juga sentiasa berada di atas bimbingan ulama. Berbeza dengan selainnya, yang jauh dari bimbingan ulama. Bahkan mereka menilai dakwah ini sebagai dakwah yang mengajak kepada pemerintah dan sebagai hamba-hamba pemerintah. Dengan kejam mereka menilai ulama-ulama Ahlus Sunnah wal Jama'ah sebagai ulama yang tidak mengenal waqi' iaini tidak memahami keadaan semasa. Bahkan tidak sedikit dari mereka mengkafirkan para ulama Ahlus Sunnah wal Jama'ah .
~ Dakwah Ahlus Sunnah wal Jama'ah adalah dakwah yang memuliakan ulama, mengutamakan ulama, mengembalikan kepada ulama. Tidak mendahului ulama, dan apabila ulama telah beri bimbingan, kita tidak menyelesihinya.
Contoh kelompok yang menyelesihi bimbingan ulama adalah DAIS/ISIS, AL-QAEDA, JAMA'ATUL NUSHRA dan yang lainnya. Dakwah mereka jauh dari bimbingan ulama dan penuh dengan kejahatan. Mereka meyakininya sebagai jihad, namun ulama tidak pernah menyatakannya sebagai jihad. Mereka dengan mudah meninggalkan dan mengkafirkan para ulama dan masyarakat.
Mengapa mereka jadi menyimpang sedemikian? Kerana yang memberi fatwa dan bimbingan kepada mereka bukanlah ulama.
Apa yang mereka lakukan, memberi kesan yang lebih buruk kepada Islam, berbanding apa yang diberikan oleh orang kafir. Mereka merosak fitrah Islam, mengkaburkan orang tentang Islam sebenar.
Yang menyedihkan ramai pemuda dari kaum muslimeen yang terpengaruh dengan DAIS/ISIS ini. Oleh itu, janganlah kalian tergesa-gesa, ikutilah bimbingan ulama. Mereka para ulama lebih cemburu, lebih bersemangat dalam membela agama ini. Mereka orang-orang yang amanah dalam menyampaikan al-hak kepada umat. Sekali lagi diingatkan, janganlah kalian terburu-buru.
Siapakah ulama yang kami maksudkan untuk dirujuk? Mereka bukanlah para ulama yang terkongkong dengan kelompok-kelompok tertentu, tetapi para ulama yang berada di atas prinsip Salafusoleh. Seperti Syaikh Ibn Baz, Syaikh Ibn Ustaimeen, Syaikh al-Albani, Syaikh Muqbil, Syaikh Rabi', Syaikh al-Fauzan dan ulama lainnya.
Berbeza dengan tokoh-tokoh yang terkongkong dengan kelompok-kelompok tertentu seperti Yusuf al-Qardhowi, yang terkongkong dengan prinsip-prinsip kelompok mereka, dengan prinsip Hassan al-Banna yang merupakan pengasas Ikhwanul Muslimeen. Oleh itu, lihat siapakah para ulama yang ingin kita kembalikan dan diminta bimbingan.
Berpegang teguhlah dengan manhaj ini. Kepada yang datang dari jauh untuk menuntut ilmu ini, bersyukurlah kepada Allah kerana diberi taufiq dan kemudahan oleh Allah untuk menuntut ilmu, hafallah Al-Qur'an, pelajarilah ilmu yang bermanfaat, baik itu mustalah hadits, tafsir, usul fiqh, aqidah, tauhid, bahasa arab dan yang lainnya.
Tidak mungkin kita dapat memahami agama tanpa ilmu tersebut. Oleh itu manfaatkanlah waktu, gunakanlah semaksimum mungkin untuk belajar dan muraja'ah. Kerana siapa yang berusaha untuk menuntut ilmu, mencari kebenaran, berpegang dengannya, beramal dengannya, maka Allah akan berikan taufiq kepadanya untuk istiqamah.
Bagi yang telah menuntut ilmu, dan pulang ke kampung halamannya, hendaklah menyampaikan ilmu tersebut kepada kaum muslimin. Sungguh disayangkan, ada di antara mereka belajar bersungguh-sungguh, namun ketika pulang, malas untuk berdakwah. Sedangkan masyarakat memerlukan ilmu. Al-Imam Ahmad pernah menyatakan keperluan manusia kepada ilmu lebih dari keperluan mereka kepada makan dan minum.
Berdoa kepada Allah agar diberi kemudahan oleh Allah dalam menuntut ilmu. Jangan berputus asa. Kadang-kadang terasa sulit dalam menuntut ilmu. Tapi percayalah jika kita bersungguh-sungguh dan bersabar dalam menuntut ilmu, Allah akan mudahkan jalannya.
Ikhlas kerana Allah dalam menuntut ilmu. Untuk menghilangkan kebodohan dari diri kita dan masyarakat. Jangan menuntut ilmu untuk diketahui sebagai orang yang berilmu.
✏ Taufiq Malaysia
-----------------------
WhatsApp Miratsul Anbiya Indonesia
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tidak ada komentar:
Posting Komentar