Senin, 18 Agustus 2014

Di Antara Faedah Ilmu dari Syaikh Hani Buraik

Di Antara Faedah Ilmu dari Syaikh Hani Buraik dalam muhadharah bertajuk

"Sebab-Sebab Untuk Kukuh Di Atas Islam"

Daurah Ilmiah "Miratsul Anbiya" ke-10 tahun 1435 H / 2014 M

~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(berbahasa Malaysia)

1. Rasulullah menyatakan bahawa hati manusia itu sentiasa di jari jemari Allah. Dia dapat membolak balikkan hati manusia.

2. Keteguhan hati itu bukanlah didapati kerana kekuatan dirinya sendiri atau kerana itu yang dia inginkan, tetapi ianya kerana Allah yang meneguhkan dan membantu manusia. Dari itu janganlah tertipu dengan diri sendiri dan tertipu dengan ilmu yang dia miliki.

3. Berbeza dengan Rasulullah yang maksum, dan Allah lah yang memelihara keteguhan hati Rasulullah.

4. Kita harus mengamalkan doa yang telah diajarkan Nabi, "Jangan Kau serahkan urusan diriku kepada diriku sendiri, sungguh tidak ada daya melainkan Allah". Serta harus terus berdoa agar dijauhkan dari segala kesesatan, baik yang besar seperti kufur dan kecil seperti kebid'ahan.

5. Antara sebab-sebab diberi keteguhan di atas al-haq dan sunnah adalah:

- Pasrah dan meyakini segala hidayah dan kebaikkan pada diri kita ini semuanya datang dari Allah. Mereka yang terlalu percaya pada kelebihan diri mereka sendiri, akan tersesat. Mulanya seorang yang berilmu, telah berubah menjadi sombong dan menolak nasihat ulama. Terlalu berkeinginan dengan dunia dan harta serta terlalu percaya kepada diri sendiri adalah sebab terpenting seseorang jatuh ke dalam kesesatan. Manakala zuhud dari dunia, dan menyerahkan urusan hati kepada Allah adalah sebab terpenting seseorang itu dikukuhkan oleh Allah.

- Bersabar dengan segala ujian dari Allah berupa bentuk kesusahan dari segi ekonomi dan dakwah.

- Menuntut ilmu dan selalu mengikuti serta bersama kibar ulama. Kerana apabila fitnah melanda, kita dapat kembalikannya kepada ulama agar mereka dapat membimbing kita.

- Selalu menjaga ketaatannya kepada Allah seperti melakukan solat 5 waktu, solat sunat, puasa sunat, membaca dan menghafal Al-Qur'an, agar kita dapat diteguhkan iman dan dijauhkan dari maksiat. Jauhi segala kemaksiatan kepada Allah, serta jauhi perbuatan melakukan maksiat apabila tidak dilihat orang. Jauhi perbuatan meremehkan dosa-dosa yang dilakukan, baik yang kecil ataupun yang besar.

oleh Taufiq Malaysia

----------
WhatsApp Miratsul Anbiya Indonesia

----------------------------

Tidak ada komentar:

Posting Komentar