Selasa, 20 Oktober 2015

Zakir Naik Mengatakan Allah Tidak Mampu Melakukan Semua Perkara dan MENAMAKAN ALLAH DENGAN NAMA BERHALANYA ORANG KUFFAR, BRAHMA ATAU VISHNU

❌❗Zakir Naik Mengatakan Allah Tidak Mampu Melakukan Semua Perkara

Fatwa Syaikh Shalih Fauzan al Fauzan ke atas orang yang mengatakan Allah tidak mampu lakukan semua perkara

Syaikh Fauzan on Zakir Naik :  "MULHID!!"

m.youtube.com/watch?v=4w5YYde7tBY

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Ulama Kibar Muslim, Syaikh Shalih Fauzan al Fauzan hafizhahullah ditanya:

Terdapat da'ie yang terkenal yang mana usahanya tersebar ke seluruh dunia. Dia mengatakan Allah tidak mampu melakukan semua perkara. Dia juga mengatakan terdapat 1000 perkara yang Allah tidak mampu lakukan.
Adakah orang ini dianggap da'ie ke pintu pintu Jahannam? Adakah kami perlu ingat kan tentang dia (kesesatannya)?

Syaikh menjawab:
Orang ini mulhid (1), orang yang mengatakan sedemikian adalah mulhid terhadap Nama² dan Sifat² Allah.

"Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka berdoalah (kepada Allah) dengan nya (dengan menyebut asmaa-ul husna) dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama Nya. Nanti mereka akan mendapatkan balasan terhadap apa yang mereka lakukan." (2)

"Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Kami, mereka tidak tersembunyi dari Kami. Maka apakah orang-orang yang dilemparkan ke dalam neraka lebih baik ataukah orang-orang yang datang dengan aman pada hari kiamat?" (3)

Seseorang mengatakan Allah tidak mampu melakukan semua perkara... Maha Suci Allah! Allah mengatakan:

"... Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" (4)

Berapa banyak ayat yang ada (menyatakan) "Allah mampu lakukan segala sesuatu" atau "Sesungguhnya Allah mampu lakukan semua perkara"? Berapa banyak ayat!? (5)

Allah tidak menyebutkan apa² batasan ke atas keupayaanNya, kebolehanNya tidak terbatas ke atas segala sesuatu. Dia mampu melakukan apa sahaja. Dia, Maha Mengetahui ke atas segala sesuatu. Dia, Yang Maha Tinggi dan Paling Tinggi, tidak menyebutkan apa² keterbatasan.

Dan kau datang dan mengehadkan ini!? Adakah kau katakan "Tidak, ada beberapa perkara yang Allah tidak tahu dan aku mengetahuinya" (6).

Ini adalah jenis ilhaad terhadap Nama² dan Sifat² Allah.

Bukan semua pendakwah berada di atas kebenaran. Dengar ucapan Rasulullah "pendakwah ke pintu-pintu Jahannam" (7)

Bukan semua pendakwah di atas kebenaran. (Tamat perkataan Syaikh)

Nota kaki:

(1) Mulhid adalah seseorang melakukan ilhaad terhadap Nama² dan Sifat² Allah dengan menafikan kesemuanya secara total atau merubah maknanya ke makna yang tidak sesuai kepada Allah.
Ilhaad juga termasuk menamakan Allah dengan nama-nama yang Dia tidak gunakannya untuk menamakan diri Nya. Lihat Syarah Qowaid Al Muthla (pg. 49-50), Syaikh Ibn 'Uthaymeen. Ilhaad juga boleh diterjemahkan sebagai kafir atau rawafidh (penolak/penafi) di dalam petikan ini, Allahu'alam.

(2) Surah al A' raf ayat 180

(3) Surah Fussilat ayat 40

(4) Surah al Baqarah ayat 284

(5) Terdapat lebih 35 ayat Quran yang menyatakan hal ini atau ayat yang sama!

(6) Perhatikan Syaikh menyebutkan faedah di dalam contoh ini. Beliau dengan sengaja gemar untuk memperlihatkan dengan jelas berapa tidak boleh diterima kepada pengakuan yang menyatakan bukan semua perkara Allah tahu, dan seseorang mengaku mengetahui sesuatu yang Allah tidak mengetahui! Maka ianya sama, apa² sifat Allah yang Dia nisbatkan pada diri Nya seperti ilmu Nya, keupayaanNya, atau apa sahaja, tidak akan ada keterbatasan atau limit atau pengkhususan (ke atas Sifat² Allah) dengan menggunakan pemikiran secara rasional atau falsafah. Wallaahu A'lam.

(7) Dari hadith shahih dari Hudzaifah menceritakan tentang ahlul dholal dan fitnah mereka yang akan dihadapi oleh umat yang akan datang.
"Akan ada du'at yang memanggil ke pintu-pintu jahanam dan sesiapa yang menyahut seruan mereka, mereka akan melemparkan nya ke dalam nya (neraka). Al Bukhari No. 7084 Muslim no. 1847

http://www.bakkah.net/en/shaykh-saalih-al-fowzaan-on-the-claim-that-allaah-cannot-do-all-things.htm#more-3764

WhatsApp طريق السلف
=====*****=====
Publikasi:
WA Salafy Solo
www.salafymedia.com

❌❗ZAKIR NAIK MENAMAKAN ALLAH DENGAN NAMA BERHALANYA ORANG KUFFAR, BRAHMA ATAU VISHNU

Zakir Naik berkata :

Disebutkan di dalam Rig Veda (salah satu kitab agama Hindu) para pendeta memanggil tuhan yang satu dengan banyak nama, bermakna ianya(tuhan yang satu) mempunyai pelbagai nama yang diberikan kepada Tuhan yang satu.

Dan di dalam Rig Veda sahaja sudah mencatatkan tidak kurang 33 jenis sifat yang berlainan kepada Tuhan yang Maha kuasa. Kebanyakannya disebut di Rig Veda, buku no. 2, puisi no. 1. Salah satu daripada sifat yang indah yang disebutkan di dalam Rig Veda kepada Tuhan Yang Maha Kuasa adalah BRAHMA. BRAHMA bermaksud 'Pencipta'. Jika kamu menterjemahkannya ke bahasa Arab ianya bermakna Khaliq. Kita orang Islam tidak ada bantahan jika sesiapa yang memanggil Allah Subhanahu Wa Ta’ala tuhan Yang Maha Kuasa sebagai Khaliq atau Pencipta atau BRAHMA.

Tetapi jika seseorang mengatakan BRAHMA adalah Tuhan Yang Maha Kuasa yang mempunyai 4 kepala, di atas setiap kepalanya mempunyai mahkota dan dia mempunyai 4 tangan, kita sebagai orang Islam akan menentang keras kepada sesiapa yang mengatakan sedemikian.

Satu lagi sifat yang indah yang diberi di dalam Rig Veda, buku no. 2, puisi no. 1,ayat no. 3 adalah VISHNU. VISHNU bermakna 'Yang memberi rezeki'. Jika kamu terjemahkan nya ke bahasa Arab ia bermakna Rabb. Kita sebagai orang Islam tidak ada bantahan jika sesiapa yang memanggil tuhan Yang Maha Kuasa sebagai Rabb atau Penyayang yang memberi rezeki atau VISHNU. Tetapi jika seseorang memanggil VISHNU adalah Tuhan yang maha kuasa yang mempunyai 4 tangan dan salah satu tangannya memegang Chakra (piring) dan salah satu dari tangan kirinya memegang... (tidak jelas) dan dia menunggang burung dan bersandar pada kerusi daripada ular. Kita sebagai orang Islam akan menentang keras kepada sesiapa yang mengatakan sedemikian.

http://www.salafitalk.net/st/uploads/Zakir-CallingAllahBrahmaOrVishnu.rm

WhatsApp طريق السلف
=====*****=====
Publikasi:
WA Salafy Solo
www.salafymedia.com
6 Muharram 1437 H | 19 Oktober 2015

Via WhatsApp Bisnis Admin Tijaroh

1 komentar:

  1. bagaimana dgn penjelasan ini akh?

    http://abul-jauzaa.blogspot.co.id/2016/07/zakir-naik-sesat.html?m=1

    BalasHapus