Jumat, 10 Juni 2016

Silsilah Fikih Puasa Lengkap (28-30)


Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 28)

Bab : Hal-Hal Lain Yang Harus Ditinggalkan Ketika Berpuasa

Al-Imam as-Sa'di berkata, "Rasulullah bersabda, "Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan haram (dusta dan selainnya), serta tindakan dungu, Allah tidak menginginkan (menyukai) aktiviti orang itu meninggalkan makan dan minum." (HR al-Bukhari)"

Al-Imam al-Utsaimin menafsirkan maknanya adalah segala perkataan dan perbuatan haram yang meliputi berkata dusta, ghibah, menuduh, mencaci maki, dan lainnya.
Dan perbuatan dungu, adalah seperti ash-Shakhab, iaitu berteriak-teriak kerana berselisih (bertengkar), mencaci maki, mencemuh, dan semisalnya.
Hadits ini bermakna bahawa Allah sebenarnya tidak menginginkan (menyukai) orang yang berpuasa hanya semata-mata menahan diri dari makan, minum dan pembatal puasa lainnya. Bukan semata-mata ini yang diinginkan oleh Allah dari syariat puasa, melainkan agar orang yang berpuasa meninggalkan perkara-perkara haram. Inilah hikmah diwajibkannya puasa dalam syariat ini, sebagaimana firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa." (Al-Baqarah: 183)

"Puasa adalah perisai (pelindung). Maka dari itu, jika datang hari yang salah seorang di antara kalian berpuasa, janganlah ia melakukan ar-rafats (berkata kotor dan keji) dan ash-shakhab (berteriak-teriak/bertengkar). Jika ada yang mencacinya atau memeranginya, hendaklah dia mengatakan, 'Sungguh aku sedang berpuasa'." (Muttafaq 'alaih)

"Boleh jadi, seorang yang berpuasa bahagian yang didapatkan dari puasanya hanyalah lapar dan dahaga (tanpa pahala). Boleh jadi pula, seorang yang mendirikan solat malam bahagian yang didapatkannya dari solat malamnya hanya berdagang (tanpa pahala)." (HR Ahmad dan Ibnu Majah. Dinyatakan sahih oleh al-Albani dan dihasankan oleh al-Wadi'i)

(Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

WhatsApp طريق السلف
www.thoriqussalaf.com
telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 29)

Bab 1⃣1⃣: Keutamaan Ibadah Di Bulan Ramadhan

Al-Imam as-Sa'di berkata, "Rasulullah bersabda, "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu. Barangsiapa melakukan solat malam (solat tarawih) selama Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu. Barangsiapa melakukan solat malam pada Lailatul Qadr (malam kemuliaan) kerana iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu." (Muttafaq 'alaih)"

Hadits ini menunjukkan kelebihan beramal pada bulan Ramadhan seperti dengan berpuasa sebulan penuh, solat malam (tarawih) sebulan penuh atau solat malam pada malam Lailatul Qadr, kerana iman dan mengharapkan pahala, akan mendapatkan ampunan atas dosa-dosanya. 
Dosa-dosa yang terhapus oleh amal-amal ibadah tersebut hanyalah dosa-dosa kecil. Pendapat inilah yang dianggap kuat oleh al-Utsaimin dan inilah pendapat yang benar, insyaAllah. Berdasarkan dalil:

"Solat lima waktu, Jumaat hingga Jumaat berikutnya, dan Ramadhan hingga Ramadhan berikutnya merupakan penghapus dosa-dosa yang ada di antara semua itu selama seseorang tetap meninggalkan dosa-dosa besar." (HR Muslim)

Hadits tersebut juga menyebutkan tentang malam Lailatul Qadr, kerana keagungan dan kemuliaan malam tersebut, iaitu lebih baik daripada seribu bulan dan juga malam yang diberkahi, sebagaimana firman Allah:

"Lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan." (Al-Qadr: 3)

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur'an itu pada suatu malam yang diberkahi." (Ad-Dukhan: 3)

❗Oleh kerana itu, disyariatkan menghidupkan malam tersebut dengan melakukan solat malam (tarawih) dan meninggalkan tidur.

Ada pendapat mengatakan malam tersebut dinamakan Lailatul Qadr kerana saat itu para malaikat melakukan kembali penulisan takdir bagi segala kejadian setahun mendatang. Berdasarkan firman Allah:

"Pada malam keberkahan itu dipisahkan segala urusan (iaitu takdir) yang penuh hikmah." (Ad-Dukhan: 4)

Dan juga disimpulkan bahawa permulaan Al-Qur'an diturunkan pada Lailatul Qadr yang terjadi di bulan Ramadhan. Berdasarkan firman Allah:

"(Beberapa hari yang ditentukan itu adalah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an." (Al-Baqarah: 185)

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada Lailatul Qadr (malam kemuliaan)." (Al-Qadr: 1)

(Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

WhatsApp طريق السلف
www.thoriqussalaf.com
telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 30)

Bab 1⃣1⃣: Keutamaan Ibadah Di Bulan Ramadhan

Waktu Terjadinya Lailatul Qadr

Al-Hafiz Ibnu Hajar telah menukilkan adanya perbezaan pendapat di antara para ulama dalam masalah ini hingga lebih dari 40 pendapat. Yang terkuat ada dua pendapat ini:

1⃣: Lailatul Qadr berpindah-pindah setiap tahunnya, iaitu di salah satu dari malam-malam sepuluh hari terakhir Ramadhan. Terkadang terjadi di malam ganjil dan terkadang terjadi di malam yang genap. Akan tetapi, harapan terjadinya di malam-malam ganjil lebih besar daripada di malam-malam genap. Ini adalah pendapat yang dipilih oleh Ibnu Taimiyah, Ibnu Baz dan al-Utsaimin.

2⃣: Lailatul Qadr berpindah-pindah di setiap tahunnya di antara malam-malam ganjil saja pada sepuluh hari terakhir Ramadhan. Ini adalah pendapat yang dipilih oleh Ibnu Hajar dan asy-Syaukani.

"Rasulullah selalu beri'tikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadhan. Baginda berkata, 'Carilah oleh kalian Lailatul Qadr pada sepuluh hari terakhir Ramadhan'." (Muttafaq 'alaih)

"Aku telah melihat malam tersebut (Lailatul Qadr), lalu aku dijadikan lupa terhadapnya. Maka dari itu, carilah oleh kalian malam tersebut pada sepuluh hari terakhir Ramadhan di setiap malam yang ganjil. Sungguh aku telah melihat diriku tengah bersujud di atas genangan air dan tanah liat." Abu Sa'id al-Khudri berkata, "Kami diguyur hujan pada malam ke-21. Masjid pun bocor persis di tempat solat Rasulullah. Lantas aku melihat kepada baginda yang telah selesai menegakkan solat Subuh dan wajahnya berlumuran tanah liat serta air." (Muttafaq 'alaih)

✅ Berdasarkan hal ini, barang siapa menghidupkan sepuluh malam terakhir Ramadhan seluruhnya dengan solat Tarawih kerana iman dan mengharapkan pahala, dipastikan ia akan mendapatkan Lailatul Qadr.

Antara tanda-tanda terjadinya malam Lailatul Qadr adalah berdasarkan hadits berikut:

Ubai bin Ka'ab pernah bersumpah bahawa hal itu (Lailatul Qadr) terjadi di malam ke-27. Ubai ditanya, "Berdasarkan apa engkau mengetahui hal itu?" Ubai menjawab, "Berdasarkan tanda yang telah diberitakan oleh Rasulullah kepada kami, bahawa matahari terbit ketika itu tanpa sinar yang menyilaukan." (HR Muslim)

"Lailatul Qadr adalah malam yang nyaman, tidak panas dan tidak dingin. Matahari terbit di pagi harinya dalam keadaan lemah sinarnya dan berwarna merah." (HR Abu Dawud, ath-Thayalisi, Ibnu Khuzaimah dan lainnya. Disahihkan oleh al-Albani dalam Shahih al-Jami' ash-Shaghir)

(Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa'di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

WhatsApp طريق السلف
www.thoriqussalaf.com
telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

Tidak ada komentar:

Posting Komentar