Minggu, 11 September 2016

Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (01-05)


🔗 Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 1)

Bab 1⃣: Berpegang Teguh Dengan Al-Qur'an & As-Sunnah, Mengikuti Atsar Salafusoleh & Menjauhi Bid'ah

📖 Allah berfirman, "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa." (Al-An'am: 153)

📕Rasulullah bersabda, "Berpeganglah dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' al-Rasyidin yang terbimbing, gigitlah dengan gerahammu dan hati-hatilah kamu terhadap perkara yang baru kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat." (HR Ahmad 4/126, Tirmidzi 2676, al-Hakim 1/96, al-Baghawi 1/205 no. 102)

🗞 (Sahabat) Ibnu Mas'ud berkata, "Ikutilah dan jangan melakukan bid'ah! Sebab sesungguhnya itu telah cukup bagi kamu. Dan (ketahuilah) bahawa setiap bid'ah adalah sesat." (Ibnu Nashr 28 & Ibnu Wudhdhah 17)

📜 (Tabi'in) Umar Abdul Aziz dalam risalahnya untuk salah seorang pegawainya mengatakan, "Saya wasiatkan kepadamu, bertakwalah kepada Allah dan sederhanalah dalam (menjalankan) perintahNya dan ikutilah sunnah NabiNya dan tinggalkanlah apa yang diada-adakan ahli bid'ah terhadap sunnah yang telah berlalu dan tidak mendukungnya, tetaplah kamu berpegang dengan sunnah kerana sesungguhnya ia telah diajarkan oleh orang yang tahu bahawa perkara yang menyelisihinya adalah kesalahan atau kekeliruan, kebodohan dan keterlaluan. Maka redhailah untuk dirimu apa yang diredhai oleh kaum itu (Sahabat Nabi) untuk diri mereka sebab mereka sesungguhnya berhenti dengan ilmu dan menahan diri dengan basirah yang tajam dan mereka dalam menyingkap hakikat segala perkara lebih kuat (mampu) apabila di dalamnya ada balasan yang baik. Jika kamu mengucapkan bahawa ada suatu perkara yang terjadi sesudah mereka, maka ketahuilah tidak ada yang mengada-adakan sesuatu sesudah mereka melainkan orang-orang yang mengikuti "sunnah" (tauladan) yang bukan sunnah mereka (sahabat) dan menganggap dirinya tidak memerlukan mereka. Padahal para sahabat itu adalah pendahulu bagi mereka. Mereka telah berbicara mengenai agama ini dengan apa yang mencukupi dan mereka telah jelaskan segala sesuatu dengan penjelasan yang menyembuhkan, maka siapa yang lebih rendah dari itu bererti kurang dan sebaliknya siapa yang melampaui mereka bererti memberatkan. Maka sebahagian manusia ada yang telah mengurangi hingga mereka kaku, dan ada yang berlebihan hingga mereka ghuluw (ekstrim). Sedangkan para sahabat itu berada di antara keduanya iaitu di atas petunjuk yang lurus." (Asy-Syari'ah 212)

📃 (Tabi'ut Tabi'in) Al-Auza'i berkata, "Berpeganglah dengan atsar Salafusoleh, meskipun seluruh manusia menolakmu, dan jauhilah pendapatnya orang-orang (yang menyelesihi mereka), meskipun mereka menghiasi perkataannya terhadapmu." (Asy-Syari'ah 63)

📂 (Faedah dari Kitab لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة, karya Syaikh Jamal Farihan al-Harithi, terjemahannya telah dimuroja'ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

🔗 Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 2)

Bab 2⃣: Perintah Istiqamah Dengan Jama'ah Kaum Muslimin & Imam Mereka Serta Peringatan Bahayanya Perpecahan

📕Rasulullah ﷺ bersabda, "Barangsiapa yang memisahkan diri dari al-Jama'ah sejengkal sahaja, maka ia telah menanggalkan ikatan Islam dari lehernya." (As-Sunnah Ibnu Abi Ashim dan disahihkan Syaikh al-Albani 892 dan 1053)

📕Rasulullah ﷺ bersabda, "Berjama'ah itu rahmat dan perpecahan itu azab." (As-Sunnah Ibnu Abi Ashim 93, hadits hasan)

📕Rasulullah ﷺ bersabda, "Tiga golongan, jangan kau tanya tentang mereka:
▫Seorang yang memisahkan diri dari jama'ah, menentang penguasanya dan mati dalam keadaan bermaksiat.
▫Budak (Hamba) sahaya, laki-laki mahupun perempuan yang lari dari pemiliknya, kemudian mati.
▫Seorang isteri ketika tidak ada suaminya, padahal telah dicukupi keperluannya, kemudian keluar dgn berhias.
Maka jangan tanya tentang mereka." (HR Ahmad dan As-Sunnah Ibnu Abi Ashim)

🗞 (Sahabat) Ibnu Mas'ud رضي الله عنه berkata, "Hai manusia, tetaplah kamu taat dan berada dalam al-Jama'ah, kerana sesungguhnya itu adalah tali Allah yang Ia perintahkan berpegang dengannya, dan sesungguhnya apapun yang tidak disukai dalam jama'ah jauh lebih baik daripada apapun yang disukai di dalam perpecahan." (Al-Ibanah 1/297, no. 133)

📃 (Tabi'ut Tabi'in) Al-Auza'i berkata, "Dikatakan bahawa terdapat lima hal yang sahabat Muhammad ﷺ dan para tabi'in di atasnya, di antaranya (sentiasa) bersama al-Jama'ah." (Al-Lalikai 1/64, no. 48)
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
✍🏽 Al-Ustadz Muhammad as-Sewed menjelaskan, "Al-Jama'ah memiliki dua makna:
▶ Pertama: Jama'ah bermakna kebenaran dan orang-orang yang berjalan diatasnya.
▶ Kedua: Jama'ah bermakna kaum muslimin dengan penguasanya.

☝🏼Maka bersama jama'ah boleh bermakna tetaplah bersama kebenaran dan orang-orangnya. Boleh juga bermakna tetap bersama kaum muslimin dan penguasanya. Tidak ada pertentangan antara keduanya."

📂 (Faedah dari Kitab لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة, karya Syaikh Jamal Farihan al-Harithi, terjemahannya telah dimuroja'ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

🔗 Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 3)

Bab 3⃣: Perintah Mentaati & Memuliakan Penguasa Serta Tidak Memberontak Terhadapnya

📕Rasulullah ﷺ bersabda, "Akan ada nanti para pemimpin yang kulit menjadi lunak terhadap mereka, sedangkan hati tidak tenteram, kemudian akan ada pula para pemimpin yang hati manusia gementar kerana mereka dan bulu roma berdiri kerana (takut) kepada mereka." Lalu ada yang bertanya, "Ya Rasulullah apakah tidak diperangi sahaja mereka?" Baginda ﷺ menjawab, "Tidak, selama mereka masih menegakkan solat"." (Hadits Sahih dalam As-Sunnah Ibnu Abi Ashim 1077)

📕Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yang memuliakan penguasa (yang dijadikan) Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi di dunia, maka Allah memuliakannya pada hari kiamat dan siapa yang menghinakan penguasa Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi di dunia, maka Allah hinakan dia pada hari kiamat." (As-Sahihah al-Albani 2297)

📕Rasulullah ﷺ bersabda, "Dengar dan taatilah mereka (pemimpin), baik dalam kesulitan atau kemudahan, gembira dan tidak suka, dan (meskipun) mereka bersikap curang (tidak adil) terhadapmu, walaupun mereka memakan hartamu dan memukul punggungmu." (Hadits Sahih dalam As-Sunnah Ibnu Abi Ashim 1026, dan disahihkan al-Albani)

📕Rasulullah ﷺ bersabda, "Barangsiapa yang memisahkan diri dari al-Jamaah dan merendahkan pemerintah maka ia akan menemui Allah Azza wa Jalla dalam keadaan tidak mempunyai muka lagi. (dalam lafazh adz-Dzahabi tidak mempunyai hujjah)." (HR Ahmad 5/387, al-Hakim mensahihkannya, dan disetujui oleh adz-Dzahabi 1/119)

📃 (Tabi'ut Tabi'in) Imam al-Barbahari berkata, Imam Ahmad bin Hanbal berkata, "Dengar dan taatilah para pemimpin dalam perkara yang dicintai dan diredhai Allah! Dan siapa yang diserahi jabatan kekhalifahan dengan kesepakatan dan keredhaan manusia kepadanya, maka ia adalah Amirul Mukminin. Tidak halal bagi sesiapun untuk berdiam satu malam dalam keadaan tidak menganggap adanya imam (pemimpin) baik orang yang soleh ataupun derhaka." (Thabaqat Hababilah 2/21 dan Syarhus Sunnah, hal. 77-78)

💎 Imam al-Barbahari berkata, "Barangsiapa yang keluar (memberontak) kepada imam kaum Muslimin maka ia Khawarij dan sungguh mereka telah mematahkan tongkat kaum Muslimin, menyelesihi atsar, maka mereka mati dalam keadaan jahiliah." (Syarhus Sunnah, hal. 77-78)

💎 Imam al-Barbahari berkata, "Tidak halal memerangi (memberontak kepada penguasa dan keluar (demonstrasi) terhadap mereka, meskipun mereka jahat, kerana tidak ada dalam as-Sunnah (tuntunan dari Nabi dan Sahabat) memerangi penguasa, kerana yang demikian itu mengakibatkan kerosakkan dunia dan agama." (Syarhus Sunnah, hal. 77-78)

📂 (Faedah dari Kitab لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة, karya Syaikh Jamal Farihan al-Harithi, terjemahannya telah dimuroja'ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

🔗 Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 4)

Bab 4⃣: Bersabar Atas Kejahatan Penguasa

📕Rasulullah ﷺ bersabda, "Barang siapa yang melihat pada amirnya terdapat sesuatu perkara yang dia benci, hendaknya ia (tetap) bersabar." (Hadits dalam As-Sunnah Ibnu Abi Ashim 1101)

📕Rasulullah ﷺ bersabda, "Adapun sesudah itu, sesungguhnya kamu akan melihat sepeninggalku (setelahku) sikap atharah (sombong dan suka melebihkan orang lain selain kamu), maka bersabarlah sehingga kamu berjumpa denganku." (Hadits Al Bukhari dan Muslim)

📂 (Faedah dari Kitab لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة, karya Syaikh Jamal Farihan al-Harithi, terjemahannya telah dimuroja'ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

🔗 Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 5)

Bab 5⃣: Tanda-Tanda Ahli Sunnah

💎 Imam al-Barbahari -رحمه الله- berkata, "...Siapa yang mengetahui apa yang dibuang dan ditinggalkan ahli bid'ah dari Sunnah ini dan ia justeru berpegang teguh dengannya, maka ia adalah pengikut Ahli Sunnah wal Jamaah, dan ia berhak untuk diikuti (diteladani), dibantu, dan dijaga bahkan dia termasuk yang dipesankan oleh Nabi Muhammad ﷺ." (Syarhus Sunnah, 107)

💎 Imam al-Barbahari -رحمه الله- berkata, "...Jika kamu lihat seseorang mendoakan kebaikkan untuk penguasa, maka ketahuilah bahawa ia adalah pengikut Sunnah -in syaa Allah-." (Syarhus Sunnah, 116)

💎 Abu Hatim -رحمه الله- berkata, "Jika kamu lihat seseorang mencintai Imam Ahmad ketahuilah ia adalah pengikut Sunnah." (Al-Siyar 11/198)

💎 Dari Ja'far bin Muhammad -رحمه الله- ia berkata, saya mendengar Qutaibah berkata, "Apabila kamu melihat seseorang mencintai ahli hadits seperti Yahya bin Sa'id dan Abdur Rahman bin Mahdi dan Ahmad bin Hanbal serta Ishaq bin Rahawaih -ia menyebut beberapa orang lagi-, maka ketahuilah bahawa ia berada di atas as-Sunnah dan siapa yang menyelesihi mereka maka ketahuilah bahawa ia seorang mubtadi' (ahli bid'ah)." (Al-Lalikai 1/67, no. 59)

📂 (Faedah dari Kitab لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة, karya Syaikh Jamal Farayhan al-Harithi, terjemahannya telah dimuroja'ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

Tidak ada komentar:

Posting Komentar