Rabu, 11 Mei 2016

Allahu Akbar! Beginilah Isteri Salaf

Allahu Akbar! Beginilah Isteri Salaf

☝Diriwayatkan bahawa Syureh al-Qhodli suatu hari bertemu Imam as-Syabi. Maka as-Syabi bertanya kepadanya tentang kondisi beliau dalam rumah,
jawab beliau, "Selama dua puluh tahun aku tidak pernah mendapati dari isteriku sesuatu yang membuatku jengkel."

As-Syabi bertanya padanya, "Bagaimana itu bisa terjadi?

Syureh menjawab, " Dari semenjak malam pertama aku bertemu isteriku, aku melihat padanya kecantikan yang luar biasa, keelokan yang sangat, maka aku berkata pada dirik, aku akan wudhu lalu solat dua rakaat sebagai wujud syukur pada Allah, dan ketika aku salam ternyata aku dapati isteriku solat bersamaku dan salam bersamaku."

Ketika rumah telah kosong dari keluarga dan para tamu aku pun mendekat padanya dan aku letakkan tanganku padanya, namun dia berkata, "Sabar dulu wahai Abu Umayyah, jangan tergesa-gesa, kemudian dia bawakan muqoddimah:

الحمد لله أحمده وأستعينه وأصلي على محمد وأله
أما بعد

"Aku adalah seorang gadis yang belum mengenal akhlak dan sifatmu, maka jelaskan padaku apa yang engkau senangi agar aku lakukan, apa pula yang engkau benci agar aku tinggalkan."

Kemudian dia katakan pula,  "Sebenarnya di kaummu ada banyak kaum wanita yang bisa engkau nikahi dan di kaumku juga banyak kaum lelaki yang sekufu denganku, tetapi inilah taqdir Allah jika Ia berkehendak, itu pasti terjadi dan sekarang aku adalah milikmu maka lakukan apa yang Allah perintah padamu dari memegang dengan baik atau melepas dengan baik pula.

أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولك

Syureh berkata, "Demi Allah wahai Syabi, dia memaksaku untuk berkhutbah menjawab khutbahnya, maka aku katakan:

الحمد لله أحمده وأستعينه وأصلي على محمد وأله وسلم وبعد:

"Anti telah sampaikan pernyataan jika anti konsisten padanya maka itu kebahagian anti, namun jika anti hanya mengaku maka itu menjadi hujjah atas diri anti sendiri."

"Aku menyenangi ini dan ini dan aku benci ini dan ini, jika anti dapati kebaikan (dariku), maka sebarkanlah namun jika anti dapati kejelekan maka tutupilah."

Kemudian isteriku bertanya, "Bagaimana menurutmu tentang ziarah keluargaku?"

Aku jawab, "Aku berharap ipar-iparku tidak pernah bosan kepadaku."

Isteriku kembali bertanya padaku, "Siapa yang engkau senangi dari tetanggamu sehingga aku izinkan masuk rumahmu, siapa pula yang engkau benci sehingga akupun membencinya?"

Aku jawab, "Adapun bani fulan adalah kaum yang soleh, adapun bani fulan adalah kaum yang jelek."

Syureh berkata, "Maka malam itupun begitu indah aku lalui bersamanya, setahun aku hidup bersamanya dan hanya kebaikan yang aku dapati darinya."

Awal tahun berikutnya aku kembali ke mahkamah dan ternyata fulanah sudah berada di rumahku
maka aku tanya siapa dia? Mereka jawab dia adalah ibu mertuamu.

Beliau kemudian bertanya padaku, "Bagaimana isterimu?"

Aku jawab, "Dia adalah sebaik-baik isteri."

Kemudian beliau sampaikan, "Wahai Abu Umayyah, sungguh kondisi terburuk wanita adalah ketika dia melahirkan anak atau ketika dia mendapat posisi disamping suaminya, sungguh hal paling jelek yang dimiliki seorang suami di dalam rumahnya adalah isteri yang terlalu manja. Maka bimbinglah sekehendakmu, dan didiklah sekehendakmu."

Demikianlah dua puluh tahun aku hidup bersamanya tidak ada yang aku kritik darinya, kecuali sekali itu pun aku yang zalim padanya." (Ahkamun Nisaa Ibnul Jawzi 134)

رزقنا الله زوجات من أمثالها
قولوا أمين

➖➖➖➖➖➖➖➖➖
قصة نادرة في حق الزوج لا تفوتك اقرأها
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
روي أن شريحًا القاضي قابل الشعبي يومًا،
فسأله الشعبي عن حاله في بيته،
فقال له: من عشرين عامًا لم أر ما يغضبني من أهلي،
قال له: وكيف ذلك؟
قال شريح: من أول ليلة دخلت على امرأتي رأيت فيها حسنًا فاتنًا، وجمالاً نادرًا،
فقلت في نفسي:
سأتوضَّأ وأُصلي ركعتين؛ شكرًا لله، فلما سلَّمت وجدت زوجتي تصلي بصلاتي، وتسلم بسلامي،
فلما خلا البيت من الأصحاب والأصدقاء، قمت إليها، فمددت يدي نحوها،
فقالت:
على رِسلك يا أبا أُمية كما أنت،
ثم قالت:
الحمد لله، أحمده وأستعينه، وأصلي على محمد وآله.
أمَّا بعدُ:
إني امرأة غريبة،
لا علم لي بأخلاقك،
فبيِّن لي ما تحب فآتيه،
وما تكره فأتركه،
وقالت:
إنه كان في قومك من تتزوَّجه من نسا
ئكم،
وفي قومي من الرجال من هو كفء لي،
ولكن إذا قضى الله أمرًا كان مفعولاً، وقد ملَكت
فاصنع ما أمرك به الله:
إمساك بمعروف،
أو تسريح بإحسان،
أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولك.
قال شريح:
فأحوجتني والله يا شعبي - إلى الخطبة في ذلك الموضع -
فقلت:
الحمد لله، أحمده وأستعينه، وأصلي على محمد وآله وسلم وبعدُ:
فإنك قلت كلامًا إن ثبت عليه، يكن ذلك حظك،
وإن تدَّعيه، يكن حجة عليك، أحب كذا، وكذا، وأكره كذا، وكذا،
وما رأيت من حسنة فانشُريها،
وما رأيت من سيئة فاستُريها،
فقالت:
كيف محبتك لزيارة أهلي؟
قلت:
ما أحب أن يَمَلَّني أصهاري،
فقالت:
فمن تحب من جيرانك أن يدخل دارك فآذَن له، ومَن تكره فأكره؟
قلت:
بنو فلان قوم صالحون،
وبنو فلان قوم سوء،
قال شريح:
فبِتُّ معها بأنعم ليلة،
وعشت معها حولاً لا أرى إلا ما أحب،
فلما كان رأس الحول، حنت من مجلس القضاء،
فإذا بفلانة في البيت،
قلت: مَن هي؟
قالوا: خَتَنك - أي: أم زوجك -
فالتفتتْ إليَّ وسألتني:
كيف رأيت زوجتك؟
قلت: خير زوجة،
قالت:
يا أبا أمية، إن المرأة لا تكون أسوء حالاً منها في حالين،
إذا ولدت غلامًا،
أو حَظِيت عند زوجها،
فوالله ما حاز الرجال في بيوتهم شرًّا من المرأة المدلَّلة،
فأدِّب ما شئت أن تؤدِّب،
وهذِّب ما شئت أن تُهذِّب.
فمكثت معي عشرين عامًا لم أُعقِّب عليها في شيء إلا مرة، وكنت لها ظالِمًا .
أحكام النساء لابن الجوزي، ص (134)

(Faedah ilmiah dari al-Ustadz Usamah Mahri di WhatsApp طريق السلف)

WhatsApp طريق السلف
www.thoriqussalaf.com
telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

Tidak ada komentar:

Posting Komentar