Sabtu, 14 Mei 2016

Pentingnya Ikhlas & Taqwa Kepada Allah

❗ Pentingnya Ikhlas & Taqwa Kepada Allah ❗

Ibnul Jawzi berkata, "Demi Allah aku mendapati orang yang lama menuntut ilmu hingga tua namun kemudian dia langgar batasan Allah (melakukan maksiat), maka dia pun hina di mata orang lain, bahkan mereka tidak mahu melihat padanya (tidak mereka anggap sama sekali). Walaupun ilmunya banyak dan perjuangannya besar!!

Dan aku pun telah mendapati orang yang selalu yakin diawasi Allah (bertaqwa) walaupun dia masih muda dan ilmunya masih sedikit dibanding orang tadi, Allah agungkan kedudukannya dihati hambaNya, maka mereka pun senang padanya dan mereka sanjung bahkan melebihi kebaikan yang ada padanya.

Demi Allah aku mendapati orang yang banyak solat, banyak puasa dan banyak diam, berusaha menampakkan khusyu' pada dirinya, dan pakaiannya sementara hati orang lari darinya dan martabatnya dimata mereka jauh dari yang tampak darinya.

Aku melihat orang yang pakaiannya mewah, bahkan tidak terlalu banyak amalan sunnah yang dia lakukan dan tidak terlalu tampak kekhusyu'an pada dirinya akan tetapi hati orang sepakat untuk mencintainya.

Aku pelajari sebab dari semua itu maka aku dapati sebabnya adalah batin (ikhlas dan taqwa).

Maka orang yang selalu membenahi batinnya akan tersebar aroma wanginya dan akan lekat didalam hati setiap orang sehingga semua akan mengeluarkan wanginya (ertinya semua orang akan memuji dan mencintainya).

Maka takutlah pada Allah, ingatlah selalu padaNya untuk selalu engkau benahi batinmu kerana sungguh kesolehan secara zahir (lahiriyah) tidak akan ada guna jika batinmu rosak." (Shoydul Khotir Ibnul Jawzi 335-336)

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri berkata, "Dan kitab-kitab aqidah serta tauhid merupakan bahan terbaik untuk membenahi batin kita. Walhamdulillah itu banyak dari karya ulama dan masyayikh kita.

☝Oleh sebab itu para ulama seperti Syaikh Ibn Baz, majlis beliau tidak pernah lepas dari kitab tauhid رحمه الله.

☝Maka pentingkan oleh kita untuk selalu hadir di majlis yang mengajarkan tauhid.
والله يعين"
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
صيد الخاطر في إصلاح السرائر
قال إبن الجوزي

《 ولقد رأيت والله من أنفق عمره في العلم إلى أن كبرت سِنه، ثم تعدى الحدود (أي: تجاوز حدود الله)، فهان عند الخلق، وكانوا لايلتفتون إليه مع غزارة علمه، وقوة مجاهدته!!.

ولقد رأيت من كان يراقب الله جل وعلا في صبوته ـمع قصوره بالإضافة إلى ذلك العالمـ، فعظم الله جل وعلا قدره في القلوب حتى علقته النفوس ووصفته بما يزيد على مافيه من الخير》.

《 والله لقد رأيت من يكثر الصلاة والصوم والصمت، ويتخشع في نفسه ولباسه والقلوب تنبو عنه، وقدره في الناس ليس بذاك!!.

ورأيت من يلبس فاخر الثياب وليس له كبير نفل ولا تخشع، والقلوب تتهافت على محبته.

فتدبرت السبب فوجدته الســــــريــــــــرة.

فمن أصلح سريرته، فاح عبير فضله، وعبقت القلوب بنشر طيبه.

فالله الله في السرائر، فإنه ما ينفع مع فسادها صلاح ظاهر》.

صيد الخاطر ﻻبن الجوزي
ص 336 و 355

(Faedah ilmiah dari al-Ustadz Usamah Mahri di WhatsApp طريق السلف)

WhatsApp طريق السلف
www.thoriqussalaf.com
telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

Tidak ada komentar:

Posting Komentar