Selasa, 19 Agustus 2014

Di Antara Faedah Ilmu dari asy-Syaikh Badr azh-Zhafiri

Di Antara Faedah Ilmu dari asy-Syaikh Badr azh-Zhafiri dalam Muhadharah bertajuk

"Keindahan Islam"

di Masjid Shiratal Mustaqim.

Dalam Rangkaian Daurah Ilmiah "Miratsul Anbiya" ke-10 tahun 1435 H/2014 M

~~~~~~~~~~~~•~~~~~~~~
(berbahasa Malaysia)

Allah mengutuskan Nabi sebagai rahmat bagi alam semesta dengan membawa agama Islam, sebagai agama yang kasih sayang. Sebagaimana Allah firmankan bahawa hanya Islam agama yang Allah redha. Begitu juga Nabi katakan setiap manusia baik dari Yahudi dan Nasrani yang pernah mendengar tentang Islam dan Muhammad, tetapi mereka tidak beriman, maka mereka pasti akan binasa.

Islam adalah agama yang mudah, damai dan berkasih sayang. Nabi katakan, baginda tidak diutus untuk agama Yahudi dan Nasrani, tetapi baginda diutus diatas agama yang penuh dengan kasih sayang.

Islam berlepas diri dari tindakan-tindakan pembunuhan, terror, dan pengeboman.

Rasulullah telah gambarkan umat ini akan berpecah menjadi beberapa pelbagai kelompok. Dan pada zaman ini telah muncul pelbagai kelompok, dan kesemua mereka mengaku merekalah yang benar dan bahagian dari Islam. Padahal Islam berlepas diri dari apa yang mereka lakukan.

Bagi memastikan kita terus berada di atas jalan Islam yang benar, yang pertama, Islam memerintahkan kita untuk berpegang teguh kepada Sunnah Nabi dan Sunnah Khulafahurrasyidin.

Yang kedua, menjauhi segala perkara baru dalam agama yang dinisbahkan atas nama Islam tanpa dalil. Kerana Nabi katakan, setiap perkara baru dalam agama itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu adalah sesat, dan setiap kesesatan itu di neraka.

Nabi datang dengan membawa agama untuk menghilangkan ketekanan, keberatan dan kepayahan yang datang dari golongan terdahulu. Nabi juga mengajak kepada kebaikkan, menghalang dari kemungkaran serta akhlak yang terpuji. Dan di akhir riwayatnya, Allah katakanya sebagai seorang yang bertakwa kepada Allah. Dan sifat-sifat terpuji Nabi ini telah Allah beritakan dalam kitab-kitab agama yang terdahulu.

Allah firmankan bahawa tidaklah Allah menjadikan keberatan pada kalian dalam agama Allah. Dan Allah inginkan kemudahan ke atas kalian serta Allah tidak mahukan kesulitan ke atas kalian.

Nabi juga biasanya akan memilih sesuatu yang paling mudah selagi ianya bukan dari perkara yang dosa.

Islam tidak membenarkan sesuatu perkara yang memudharatkan dan mencelakakan kalian. Namun ada ketika apabila dalam keadaan darurat, perkara yang haram itu dibolehkan. Tetapi yang membenarkannya itu harus dari para ulama yang berilmu, bukan dari takwilan kita sendiri.

Di dalam Islam, ada satu kaedah yang menyebutkan bahawa menolak sesuatu kerosakkan itu lebih baik dari mengambil sesuatu kebaikkan.

Salah satu nama Allah adalah Salam, yang bermaksud keselamatan. Allah juga menamakan salah satu dari syurgaNya dengan nama Salam. Dan ucapan-ucapan yang baik ketika manusia saling bertemu juga dengan kalimah Salam. Inilah keindahan Islam, agama yang penuh dengan keselamatan, yang wasath iaini pertengahan, yang jauh dari sikap berlebihan dan juga jauh dari sikap terlalu mengabaikan atau menganggap remeh.

Islam yang dibawa oleh Nabi adalah agama yang hanif, iaini agama yang lurus. Agama yang penuh dengan kedermawanan dan kelembutan.

Rasulullah juga menyampaikan bahawa tidaklah sesuatu kelembutan itu ada pada sesuatu perkara kecuali perkara tersebut akan menjadi baik, dan tidaklah sesuatu kelembutan itu tidak ada pada sesuatu perkara kecuali perkara itu akan menjadi buruk.

Islam tidak membebani sesuatu kecuali pada sesuatu pada kadar kemampuannya. Islam ini adalah agama yang paling sempurna untuk fitrah manusia.

Budi pekerti yang baik adalah akhlak kepada 3:

1. Akhlak yang baik kepada Allah
2. Akhlak yang baik kepada Nabi
3. Akhlak yang baik kepada sesama manusia

Allah telah anugerahkan segala kenikmatan kepada kita. Wajib bagi kita untuk memberikan sikap yang terbaik kepada Allah, iaini dengan beribadah hanya kepada Allah tanpa menyekutukanNya.

Allah telah memberikan agama yang selamat kepada kita. Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Allah menganugerahkan pahala kepada kita. Ini semua kebaikkan kepada kita. Ini termasuk keindahan dan kedamaian Islam.

Juga kelihatan dari nama-nama Allah seperti Maha Pemurah, Maha Memberi Kebaikkan, menunjukkan keindahan agama Islam.

Bentuk-bentuk keindahan dan kedamaian dalam Islam amatlah banyak. Di sini saya sebutkan sedikit sesuai dengan waktu yang diperuntukkan. Antaranya:

- Islam menganjurkan saling bekerjasama dalam kebaikkan dan ketakwaan
- Islam menganjurkan kita untuk sentiasa menunaikan janji, baik kepada Allah mahupun sesama manusia
- Islam menganjurkan untuk berbuat baik sesama jiran
- Islam memberikan keringanan-keringanan yang telah Allah berikan
- Islam menganjurkan untuk memberikan ampunan kepada orang lain
- Islam menganjurkan memudahkan urusan dalam membeli dan menjual
- Islam menganjurkan memudahkan urusan orang yang berhutang dengan kita

Inilah agama Islam, agama yang memudahkan, agama yang dapat menyelesaikan masalah umat apabila kita kembali kepadanya.

Antara kemurahan Islam adalah satu amalan yang ringan tetapi mendapat pahala yang besar. Contohnya mendatangi majlis ilmu. Rasulullah menyampaikan sesiapa yang duduk di rumah Allah dan belajar, akan turun pada mereka ketenteraman, para malaikat akan mendoakannya, Allah akan menyebut-nyebutkan mereka di hadapan para malaikatNya.

Syaikh mendoakan agar kita diberikan taufiq oleh Allah dan sentiasa dibimbing oleh Allah.

oleh Taufiq Malaysia

--------------
WhatsApp Miratsul Anbiya Indonesia

-----------------------------

Tidak ada komentar:

Posting Komentar